ALFATIHAH: Meninggal Dunia Selepas 7 Jam Bertarung Nyawa



 

Gambar Hiasan
KOTA KINABALU - Setelah bertarung nyawa hampir tujuh jam, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu disahkan meninggal dunia.

Mangsa, pemain Piala Presiden Sabah itu, disahkan meninggal dunia pada jam 8.37 malam tadi setelah menerima rawatan. Manakala, Md Rozaimi Abdul Rahman pula dilaporkan stabil.

Mangsa dirawat di Hospital Queen Elizabeth II petang tadi selepas kereta yang dipandunya itu terlibat dalam kemalangan pada jam 1.30 petang. 

Ak Mohd Farris Mahamud

Difahamkan, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Civic itu dipandu oleh mangsa bersama dengan bekas pemain Harimau Muda, Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya, terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tiang telefon dan tembok konkrit. 

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.


ARTIKEL PENUH DI  SINI


0 Response to "ALFATIHAH: Meninggal Dunia Selepas 7 Jam Bertarung Nyawa"

Post a Comment