Kisah Seram Mayat Berasap !!
Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun.
Peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang
unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya tapi bukan sahaja
makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada
juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa
yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada
waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang telah dilaknati Allah
S.W.T.
Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru
yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang
terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa
kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama
meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik, aku
pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi
diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar
gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula
berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering
diceritakan oleh penduduk kampung.
Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu
mayat berasap keluar dari kubur tersebut. AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula
terkejut dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu
semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak
dapat menggerakkan anggota tubuhku. Tubuhku seperti terpaku di bumi di
mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang
menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan
menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar
itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan
dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang
menyeringai memandang tepat ke mukaku.
Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh
tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti
mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk
meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi
mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku
kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa
menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok
tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada
sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku.
Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku
dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak
bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat ke kiri dan ke kananku tapi tiada
bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku
memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah
dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam
kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang
tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti
akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku
aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah
terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.
Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah ke hari ini.
0 Response to "Kisah Seram Mayat Berasap !! "
Post a Comment